PROFIL HABIB UMAR BEN HAFIDZ

Al-’Alamah Habib Umar BenHafidz dilahirkan di Tarim, Yaman pada 4 Muharram 1383 Hijrah (27 Mei 1963). Beliau telah banyak menimba ilmu daripada pelbagai ulama di dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Antara guru beliau yang utama ialah Habib Salim Bin Abdullah al-Shathry. Bermula pada tahun 1402 Hjrah (1982 M) beliau berulang alik ke Makkah untuk menimba ilmu dan tarbiah daripada imam al-’Arif Habib Abdul Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf, Habib Ahmad Bin Taha al-Haddad, Habib Abi Bakar Attas Bin Abdullah al-Habsyi. Seterusnya beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid Syeikh Muhammad Yassin al-Fadani, dan Muhadthis Sayyid Muhammad Bin Alawi al-Maliki.

Di samping menimba ilmu, beliau mula melaksanakan tugas sebagai pendakwah seawal usia 15 tahun. Dan pada tahun 1994, sekembalinya ke bumi Tarim, beliau telah menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang dikenali sebagai Darul Mustafa. Kini, institusi tersebut telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa di dalam ilmu-ilmu Islam antaranya hadith, tafsir al-Quran dan lain-lain. Institusi ini mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar, Mesir dan semakin dikenali oleh dunia sehingga mempunyai pelajar daripada pelusuk dunia antaranya, Malaysia, Singapura, Mesir, Afrika, Eropah, Pakistan, Australia dan lain-lain lagi.

Namun, di dalam kesibukan mengurus dan membimbing pelajarnya, beliau masih lagi berkesempatan melaksanakan dakwahnya. Kini dakwah beliau bukan lagi berpusat di Tarim, tetapi berkembang ke seluruh jazirah Arab, Pakistan, India, Sri Langka, Afrika, Australia, Eropah, khususnya Britain dan Amerika Syarikat. Akan tetapi tempat yang sering mendapat perhatian beliau ialah Malaysia, Singapura dan Indonesia.

This students click here now essay succeeds on both fronts

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply